Disable highlight and copy and right click

Thursday, August 29, 2013

Pertukaran no telefon baru - 013-3872611

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah s.w.t. Ameen.

Maaf, sudah lama sangat tak berceloteh di sini.. MasyaAllah, tugas dan tanggungjawab kadang2 mengekang masa utk berceloteh disini. Itu lah.. Betapa kerdil nya kita sebagai hamba..

Kali ini sy tidak mampu lama untuk merangkai kata.. dek ke suntukan waktu. mungkin di lain lembaran sy akan berceloteh panjang.. In sya Allah, semoga Allah mengizinkan.

Cuma sy ingin mewar2kan pertukaran no untuk dihubungi sahaja ---> 013-3872611. Pada yang telah menghubungi sy dengan no yang sebelum ini, sy mohon maaf. Pada mereka yang memahami masalah talian dan menghubungi sy melalui email dan FB, sy sangat2 berterima kasih kerana memahami masalah sy.. :) sy semampu mungkin berusaha untuk menjawab query2 anda semua...

Sehingga bertemu lagi..:)

OOPPPSSS... belum terlambat lagi untuk sy mengucapkn... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Wassalam.

Friday, April 19, 2013

ANTI OKSIDAN? PENTING KE?

Assalamualaikum w.b.t..
 
Waaahh.. lama betul tak update blog. Kehidupan semakin hari semakin mencabar.. Kesibukan sangat menghambat. Tp bersyukur, kita masih punya masa dan di beri peluang oleh Allah untuk terus bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah...
 
Jadi hari ni saya nk berkongsi dengan anda berkenaan dengan ANTI-OKSIDAN. Hurrrmm.. selalu dengar kan perkataan ni? Tp apa maksudnya yea? Bagaimana ia berfungsi? Jom saya kongsikan apa yang saya ketahui melalui menelitian dan pembacaan...
 
Anti-oksidan
Umum telah mengetahui bahawa anti-oksidan sangat berguna untuk kesihatan jantung dan mengatasi  kanser. Agen anti-oksida boleh diperolehi dalam makanan seperti buah-buahan, sayuran, makanan laut dan juga beberapa jenis minyak. Anti-oksida juga bertindak sebagai penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul yang boleh merosakkan sel sihat. Oleh itu, anti-oksida sangat baik untuk sel kulit.
Terdapat beberapa jenis anti-oksida yang bermanfaat kepada kulit, antara nya adalah Vitamin C dan E.
Vitamin C
Membina kolagen untuk kulit yang sihat, tegang dan bermaya.
Vitamin E
Vitamin ini melindungi sel dan menghasilkan nutrient yang boleh menghalang kerosakan dari UV.
Lain-lain anti-oksida  untuk kecantikan kulit adalah selenium, thiamine, beta-carotena dan zink.
Bagaimana untuk mendapatkan khasiat-khasiat vitamin anti-oksida ini dengan cara yang mudah, berkesan dan selamat?
Jangan risau, Shaklee ada penyelesaiannya.
Email @ SMS untuk info lanjut dan harga istimewa...

Saturday, February 9, 2013

ANTARA GAM UHU, GETAH DAN BESI...

Jom baca perkaitan antara 3 benda ni..
 
 
Wawww... begitu sekali kepentingan kolagen dalam tubuh manusia. Jadi, kita perlu pastikan kolagen dalam tubuh kita mencukupi. Kalau kurang, kena top up. Kalau dah cukup, perlu maintain. Jangan kita biarkan tubuh kita tua dari usia kita.
Psstt.. anda yang mencari rahsia awet muda, ini lah rahsia nya. Rahsia yang mudah, pantas dan berkesan. Yang penting, ia nya terbukti berkesan melalui ujian klinikal. Itu sangat lah penting. Bukan apa, ia nya untuk tubuh badan kita kan.
Mahukan testimoni dari saya sendiri, PM saya. Saya boleh kongsi kan.. Free je..
Baru ni ada yang tanya saya, kenapa saya tak kongsi kan terus kat blog. Jawapan saya mudah saja. Saya mahukan perkongsian yang telus, mesra dan 2 hala dengan pembaca yang ingin kan info lebih2 lagi berkenaan dengan testimoni.
Jadi, hubungi untuk info yea..
 
 

Sunday, February 3, 2013

IANYA HANYALAH SAKIT JANTUNG!!!!

 
Umum mengetahui bahawa arteri adalah pembuluh darah yang membawa oksigen dan zat makanan dari jantung ke seluruh tubuh kita. Arteri yang sihat adalah arteri yang fleksibel, kuat dan elastik. Walaubagaimanapun, jika dinding arteri menebal atau kaku, ia akan membataskan perjalanan darah dalam badan kita. Keadaan ini disebut sebagai Arteriosclerosis atau arteri mengeras. Penebalan dinding arteri adalah disebabkan oleh lemak yang berada di dalam dan di atas arteri yang di panggil sebagai plak. Plak ini boleh pecah dan akan menyebabkan pembekuan darah.
 
Meskipun arteriosclerosis ini sering dikaitkan dengan masalah jantung, masalah ini juga memberi kesan kepada mana-mana arteri di dalam tubuh kita.
Gejala arteriosclerosis:
Jika arteriosclerosis pada arteri jantung, pesakit mungkin akan memiliki gejala seperti serangan jantung seperti angina (sakit pada dada) atau menyucuk2.
Jika arteriosclerosis pada arteri yang menuju pada otak, pesakit mungkin akan memiliki gejala seperti lemah pada tangan/kaki, sukar untuk bercakap atau otot wajah yang tidak berfungsi.
Jika arteriosclerosis pada arteri lengan dan kaki, pesakit mungkin akan mengalami gejala peripheral arterial disease seperti sakit pada kaki ketika berjalan.
Kadang kala, arteriosclerosis juga boleh menyebabkan erection dysfunction pada lelaki.
Apakah yang menjadi penyebab kepada arteriosclerosis?
Walaupun ianya disebabkan oleh saluran arteri yang menebal atau tersumbat, ada penyebab lain yang perlu diberi perhatian:
Tekanan darah tinggi, Kolestrol, Pengambilan nikotin (cth perokok), Penyakit2 tertentu seperti diabetes, obesiti, sejarah keluarga.
Selain itu, jika dinding arteri rosak, platelet akan berkumpul di kawasan tersebut untuk memperbaiki dinding arteri sehingga kadang2 berlaku pembengkakkan pada kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, kolestrol juga akan berkumpul di situ dan akan mengeras dan menyempitkan arteri. Oleh yang demikian, organ yang sepatutnya menerima bekalan darah tidak dapat berfungsi dengan baik.
Lama kelamaan, plak tersebut mungkin akan pecah dan masuk kedalam aliran darah. Ini mungkin akan membekukan darah dan merosakkan organ (seperti dalam gambar), seperti yang sering berlaku pada pesakit yang mendapat serangan jantung.
 
Langkah pencegahan
Perubahan gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak/berhenti merokok, jauhi makanan yang berkolestrol dan berminyak, tidak mengambil alcohol, menjaga berat badan dan mengambil pemakanan tambahan yang mengandungi DHA dan EPA.
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, kepekatan darah, melincirkan saluran darah, melancarkan peredaran darah. Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala. DHA dan EPA membantu merendahkan kolestrol, mengundar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesity, mencegah osteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bagaimana untuk mendapatkan DHA dan EPA dengan mudah, selamat dan berkesan?

OMEGA GUARD SHAKLEE adalah jawapan nya. Ia merupakan ekstrak ikan laut air sejuk dan minyak ikan yang paling tulen. Ikan air laut dalam dan sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA.
 
Hubungi Usaha Untuk Sihat untuk info lanjut dan tawaran promosi Februari.
 credit: pchome-zj
 
 

PROMOSI OMEGA GUARD YANG MEBLESS....

 
 
Yessss.... seperti yang di war2kan.. Bulan Feb ni ada promosi untuk Omega Guard. Ini lah masa yang sesuai untuk borong Omega Guard yea. Kalau bulan2 lain, harga lain. PM/EMAIL/SMS saya untuk mengetahui 15-20% tu.. (Pssttt.. tak bole kasi tahu kat sini...) Jom.. jaga kesihatan jantung dan tubuh badan kita dengan OMEGA GUARD SHAKLEE
 
 

Saturday, February 2, 2013

MINYAK IKAN - OMEGA 3 SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t,,
 
Waaahhh... pejam-celik2 kita dah masuk ke bulan Februari 2013.. alahai.. sekejap je bulan Januari rasanya. Alhamdulillah.. syukur masih di berikan peluang untuk hidup di bumi bertuah ni.. Seperti kebiasaan, setiap bulan SHAKLEE akan buat promosi untuk supplement tertentu. Kalau bulan lepas promosi Joint Health Tablet, bulan ni pulak... Jeng.. Jeng.. Jeng.... OMEGA GUARD SHAKLEE  yang best pulak ada promosi. Anda semua, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan OMEGA GUARD dengan harga yang istimewa. Jarang2 dan julung2 kali yea SHAKLEE buat promosi OMEGA GUARD ni.. Grab lah peluang ini..
 
Saya dah buat review untuk OMEGA GUARD ni dalam post yang lepas. Just in time kan... tup2 bulan ni dapat harga promo lak. Lagi la berbaloi..
 
Since dah ada promo ni, saya pun buat lah research skit berkenaan dengan minyak ikan ni. Wahh... ada lagi kelebihan nya. Jom kita tgk... Pssttt... Ini pun kalau anda mementingkan kesihatan anda dan org2 tersayang... Pilih dan berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda..
 
MINYAK IKAN DAN IBU MENGANDUNG & MENYUSU

EPA dan DHA yang terkandung dalam Omega-3 memainkan peranan penting dalam perkembangan minda kanak2. Ibu yang mengambil minyak ikan ketika mengandung dan menyusu mempunyai anak yang tinggi IQ nya ketika berumur 4 tahun. Ia nya statistically proven-rujuk disini:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12509593?dopt=Abstract
 
Pengambilan DHA juga berkait rapat dengan paten tidur kanak2 dimana ia menunjukkan kadar tumbesaran neuron mereka. Rujuk disini: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12198007?dopt=Abstract

Minyak ikan juga berkesan untuk mengatasi masalah pr
eterm labour (lahir tak cukup bulan) terutama sekali bagi ibu yang mempunyai sejarah preterm labour. Rujuk disini: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14616269?dopt=Abstract

(Sumber rujukan diperolehi dari PubMed - US National Library Medicine, National Institutes of Health)

Walaubagaimanapun, ibu2 seharus nya bijak memilih minyak ikan yang tidak tercemar dengan toksin dan logam2 yang berbahaya. 

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang tulen dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya spt plumbum, merkuri, arsenik, kadminum, dioksin, PCB (bahan yg sgt toksik).
 
LEMAK DEGIL… Bagaimana mengatasinya???

EPA dan DHA yang terkandung dalam minyak ikan adalah 2 asid lemak yang berkesan untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kualiti otot badan kita mengikut kajian yang dijalankan oleh Department of
Health Sciences of Gettysburg College.

Kajian ini juga menunjukkan pengambilan EPA dan DHA selama 6 minggu boleh merendahkan hormon stress dalam darah. Peningkatan hormon stress yang dikenali sebagai cortisol ini dikaitkan dengan kesukaran untuk menurunkan berat badan. Laaa... patut la susah sangat nak turun.. Selagi cortisol ni tinggi, selagi itu lah berat badan kita tak turun.

Tips memilih minyak ikan:

 1. Dapatkan minyak ikan yang bersih. Semak pada label nya – sumber ikan / sumber laut dan “mercury free”. Minyak ikan yang murah adalah minyak ikan yang melalui proses purification yang berkualiti rendah. Ingat “harga” untuk kesihatan anda.

2. Pilih minyak ikan dan bukan nya hasil tumbuhan. Hasil tumbuhan mengandungi unsur awal EPA dan DHA yang dipanggil alphalinolenic acid atau ALA. Kajian yang dijalankan oleh Central Food Technological Research Institute menunjukkan ALA perlu diambil pada amount yang banyak untuk meningkatkan EPA dan DHA dalam darah jika dibandingkan dengan minyak ikan.

Jadi dapatkan OMEGA GUARD dari shaklee yang telah terbukti berkesan dan paling penting ia nya bebas dari bahan2 berbahaya.
 
FAKTA MENGENAI OMEGA YANG TIDAK PERLU ANDA TAHU JIKA KESIHATAN ITU TIDAK PENTING PADA ANDA!!!


1. Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh badan maka ia perlu diambil melalui pemakanan.
2. DHA dan EPA dalam omega-3 mencegah penyakit saluran da...
rah dan strok kerana kebolehannya untuk menentang thrombosis, high blood pressure, melincirkan saluran darah dan peredarannya.
3. Membantu merendahkan paras kolestrol, atasi pembekuan darah.
4. Kawal obesity, cegah arteriosclerosis, myocardial infarction
5. Bantu tumberasan dan perkembangan otak janin
6. Tingkatkan sistem imun dan sihatkan paru2.
7. Bantu menentang sel kanser
8. Pelihara fungsi sendi
9. Bantu mengurangkan tekanan


Jadi, apa lagi... bagi yang mementingkan kesihatan, dapatkan OMEGA GUARD sekarang dengan harga promosi dari Usaha Untuk Sihat - potongan discount sehingga 15% dan penghantaran percuma. Dapatkan juga potongan tambahan untuk pembelian 7 botol hanya dari Usaha Untuk Sihat.

 
 

 
 

Saturday, January 26, 2013

MINYAK IKAN vs MINYAK HATI IKAN

Bila sebut saja minyak ikan, gambaran pertama yg muncul di minda saya adalah pakcik pakai topi sedang galas ikan. Bukan ikan kecil, tapi ikan besar.. Panjang ikan tu lebih kurang ketinggian pakcik tu.. (Sebenar nya banyak lagi produk fish oil, cuma itu gambaran yang saya dapat sejak kecil lagi.)
 
MInyak ikan sangat bagus untuk kesihatan especially untuk meningkatkan sistem imuniti badan. Anak-anak pun saya bagi fish oil dgn jenama pakcik ikan panjang ni. Alhamdulillah, anak2 sukakan nya. Sehingga lah pada suatu hari saya jumpa satu info yang berkenaan minyak ikan. Selain dari minyak ikan, minyak hati ikan juga ada dipasaran.. Laaa... minyak ikan dan minyak hati ikan... ada beza ke? Sama kot....
 
NOPE!!! SANGAT KETARA BEZANYA...
 
Dan.. rupa2 nya all this while saya bagi anak2 consume minyak hati ikan dan bukannya minyak ikan. Saya tak salahkan produk tu. Jelas lagi terang di nyatakan "COD LIVER OIL". Yang silap nya saya.. Saat tu rasa bersalah sangat. Ingatkan dah yang terbaik, tapi bukan.. Sorry boys... Sorry saja tak mencukupi. Saya cuba dig lagi info pasal kedua2 minyak ni supaya saya dapat berikan yang terbaik untuk anak2 saya dan kongsi dengan anda semua. (Supaya tidak rasa menyesal seperti saya)
 
(Credit to Lyna)
Minyak ikan sebenarnya bukan sekadar 'fish oil'. Terdapat banyak perkara yg mesti dipertimbangkan:

1) MINYAK IKAN lebih baik dari MINYAK HATI IKAN - kebanyakan brand mengeluarkan minyak hati ikan
 2) ikan2 yang berada di atas dlm rantai makanan (IKAN BESAR) mengandungi toksin yg tinggi
 3) kebanyakan brand menggunakan ikan dibela & makan dedak sintetik - kurang Omega-3 & penuh dengan zat sintetik!
 
Dan akhirnya saya menjumpai minyak ikan yang betul untuk saya berikan kepada anak2 iaitu  Omega Guard Shaklee.

Apa beza Bezanya Omega Guard Shaklee dengan MINYAK HATI IKAN?

1) Omega Guard Shaklee dihasilkan dari IKAN KECIL di dasar rantai makanan dimana ia kurang toksin
2) Omega Guard Shaklee dihasilkan dari seluruh ikan, BUKAN HATI. Hati tempat paling byk toksin
3) Ikan2 untuk Omega Guard diperolehi dari lautan sejuk. Ikan yg hidup bebas lebih tinggi Omega-3
4) Omega Guard Shaklee Diproses secara pharmaseutical grade, proprietary, triple molecular distillation process yg menyingkirkan benda2 tak perlu

YES... sangat banyak perbezaan nya. Dan perbezaan ini cukup untuk memberi keyakinan kepada saya berkenaan minyak ikan dan minyak hati ikan. Dan seterusnya memberikan yang terbaik untuk anak2.
 
Selain itu, Omega Guard Shaklee juga mempunyai khasiat yang sangat bagus. Jom kita tengok fakta2 dibawah.
 
 

Jadi ibu2 semua, pastikan kita beri yang terbaik untuk anak2 kita yea. BTW, saya juga cuba Omega Guard untuk weight management, yeappppp.... it works...

Hubungi Usaha Untuk Sihat untuk info lanjut
Email: usahauntuksihat@yahoo.com
SMS: 011-1437 3556 

Sunday, January 20, 2013

HAMPAS???? BIAR BENAR...

 
Kita biasakan dengar perkataan "hampeh".. contoh penggunaan ayat pasar "loorrr... hampeh betol".. hihihi.. maksud nya, tak guna betol.. so sama la jugak maksud nya dengan perkataan hampas. cuma dalam konteks kehidupan seharian, perkataan hampas biasa nya kita kaitkan dengan hampas kelapa. Hampas... tak ada apa-apa, kosong, tak memberi apa-apa kebaikan pun.. (tiba-tiba teringat statement yang selalu kita dengar, "habis madu, sepah di buang"..sama la tu.. hampas , sepah... nyatanya ia membawa maksud sesuatu yang sudah tidak memberi apa-apa manfaat)
 
So hari ni saya nak cerita sikit perihal "hampas" dalam konteks kesihatan kita. Aiikk.. tadi kata hampas tak memberi apa-apa faedah, macam mana pulak boleh masuk dalam konteks kesihatan pulak ni. Syyyhhh... kejap la.. baca la dulu...
 
Percayakah anda kalau saya katakan ada ketika nya kita menghidangkan / menikmati makanan yang boleh di anggap sebagai hampas? Tentu ada yang kata "Mana ada... saya masak sedap per... ", "Saya makan tadi, mana ada rasa hampas. Cukup garam gula nya".. walau sesedap mana pun masakan / makanan anda, pernah anda ambil kisah mengenai cara penyediaan nya? ada anda kisah berapa lama ia nya di masak? ada anda peduli berapa suhu yang di kenakan atas makanan anda?  Pernah ke anda tanya tukang masak kat restoren tentang cara penyediaan nya? hurrrmmm... cuba jawab...
 
Ketahuilah bahawa cara penyediaan makanan boleh menyebabkan khasiat yang sepatutnya terkandung dalam makanan kita hilang. Dengan suhu yang tinggi, over cook dan lain-lain, kita sebenarnya memang makan hampas.
 
Yeap, kita makan hampas, jadi???
 
Pengambilan pemakanan yang diklasifikasikan sebagai hampas tentu sekali tidak mengandungi multivitamin dan multimineral dan ketiadaan bahan ini boleh mengakibatkan banyak masalah seperti sistem imun yang rendah, keletihan dan lain-lain. Kita memerlukan multivitamin dan multimineral dari pemakanan yang berkhasiat sebagai kunci kepada kesihatan yang optimum.
 
Walaubagaimanapun,  kita tidak mampu untuk mendapatkan khasiat dan kebaikan multivitamin dan multimineral hanya dari pemakanan kita sahaja. Ada banyak penyebabnya selain dari cara penyediaan makanan, antaranya adalah pencemaran alam sekitar. Menurut kajian, walaupun kita makan 9 hidangan buah-buahan dan sayur setiap hari, kita masih belum mampu mencukupkan keperluan tubuh badan kita.
 
Jadi, bagaimana untuk mendapatkan multivitamin dan multimineral ni?



Salah satu kejayaan Shaklee adalah mengeluarkan multivitamin yang paling lengkap dan seimbang yang mampu kita miliki iaitu Vita-lea. Vita-lea diformulasikan dengan 23 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan kita. Dengan pengambilan yang konsisten setiap hari, Vita-lea boleh menyokong kesihatan kolon, jantung and penglihatan untuk jangka masa panjang, tulang yang kuat dan paling penting meningkatkan sistem imuniti tubuh kita dari penyakit dan menghalang dari radikal bebas.


Vita-lea disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina dan merupakan tablet mutivitamin yang paling pantas larut dalam air dan juga tubuh kita. Mineral yang terkandung didalam nya murah bergabung dengan protein untuk penyerapan yang pantas.
 
Vita-lea adalah asas multivitamin dan multi mineral..
 




Hubungi saya untuk maklumat lanjut
SMS: 011-1437 3556
FB: Usaha Untuk Sihat


Friday, January 18, 2013

JERAGAT... ANDA TAK KISAH???

Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari ke 18 kita dalam tahun 2013. So.. macam mana tahun baru? tentu dah ada plan untuk capai target dan azam 2013 kan.. Saya?  Semoga Allah permudahkan untuk saya. Ameen.. (tolong Ameen kan.. kita doa sesama kita yea..)
Di Shah Alam sekarang ni cuaca agak panas terutama time tengah hari. Teringat lagi betapa bahang nya tadi sewaktu keluar ambil anak dari sekolah. MasyaAllah.. betapa besarnya kekuasaan Mu ya Allah.. dan betapa hangat nya panas "disana" jika di dunia ini sehangat itu.
 
Bila time-time panas begini, biasanya muka kita tentu cepat berminyak, ada yang makin kering, dan ada juga yang menjadi kemerahan. Dalam keadaan ini juga, bintik2 hitam pn mudah la kelihatan. bintik hitam??? tompok hitam di muka??? ooo... jeragat nama nya... So saya nk cerita skit la pasal jeragat ni. Tapi kena jawab soalan saya dulu yea..
 
Anda tak kisah kalau wajah berjeragat???
Kalau kisah, jom baca mengenai nya...
 
Masalah jeragat selalu terjadi pada bahagian wajah. Ia nya menyerupai tompok2 dan bintik2 hitam (kadang-kadang perang) yang boleh menyebabkan kulit muka menjadi kusam, tidak bermaya dan nampak kotor.
 
Bagaimana ia nya berlaku?
Jeragat timbul akibat dari kekurangan nutrien pada kulit. Ia nya mungkin disebabkan oleh faktor usia, perubahan hormone dan juga persekitaran.
Bagaimana mengatasinya?
Merawat masalah jeragat bukan sahaja secara luaran, malah dalaman juga amat penting. Ini kerana jeragat sangat degil untuk hilang malah tidak akan hilang jika hanya menumpukan kepada rawatan luaran seperti pemakaian krim dan pelembab sahaja.
Ramai di kalangan kita sanggup berhabis wang ringgit beribu2 untuk mendapatkan kulit yang cantik dan halus melalui rawatan luaran. Hakikatnya, rawatan sebenar bermula dari dalam dan pemakanan kita.
Shaklee menyediakan rawatan dalaman yang terbukti keberkesanan nya. Dengan pengambilan secara konsisten, in sya Allah masalah jeragat dapat dikurangkan seterusnya dihilangkan. Nahhh… anda akan mendapat kulit yang sihat, mulus, lembut dan bersih.
Apakah supplement tersebut?
Paduan Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA yang mantap mampu mengatasi masalah jeragat. Kandungan GLA iaitu gamma linolenik (GLA), asid lenolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E akan membantu mensekatakan kulit, melembab dan sekali gus membuatkan kulit wajah tampak “glowing” di samping manfaat lain yang sangat bagus terutama kesihatan dalaman wanita.
ESP pula mengandungi protein yang bertindak membina sel yang sihat dan membaiki sel-sel badan yang telah rosak. Jika sel badan dalam keadaan baik, maka kulit yang sihat dan cantik akan terhasil. Terdapat banyak khasiatESP ni..
Hubungi saya untuk maklumat lanjut....
SMS: 011-1437 3556
FB: Usaha Untuk Sihat
 
JOM KITA MERAWAT DARI DALAMAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN YANG OPTIMUM
 

Wednesday, January 9, 2013

UJI KUALITI KOLAGEN PILIHAN ANDA

Assalamulaikum w.b.t semua,
 
Setiap dari kita pasti menginginkan produk yang berkualiti kan? Kalau kita tahu produk yg kita beli tu tak berkesan nya, pasti kita tak akan beli kan? tapi macam mana kita nk tahu kualiti nya yea? tambah-tambah lagi harga barang yang kita beli tu "sedap" jugak. Haaa... hari ni saya nak kongsi tips untuk menguji kolagen yang berkualiti atau tidak. maklum lah, sekarang macam-macam kolagen ada di pasaran. jangan kan kata di pasaran nyata, di pasaran alam maya pun berlambak-lambak. Jadi semua tergantung pada kebijaksaan kita untuk memilih. psstt... jangan tersalah pilih yea... saya sangat-sangat particular dalam hal ni. yea la, barang yang kita nk pakai tu melibatkan tubuh badan kita kan. so, ini salah satu tip nya.. Tip ini di perolehi melalui radio IKIM dan dikongsi  oleh pendengar - pn Ainul Shahrazad.
 
Dgr radio IKIM td, n got this info:

Utk mengetahui sesuatu kolagen itu berkualiti atau tidak, boleh jalankn ujian berikut:

1) serbuk kolagen bila diletakkn di lidah terasa panas
2) serbuk kolagen bila diletakkn di jari akan melekit
3) serbuk kolagen bila dimasukkn ke dlm air, terus larut

Jika kolagen yg anda ambil mmpunyai ciri2 di atas, bermaksud kolagen itu berkualiti.

Haaaa... so jika anda sudah membeli, uji lah kolagen anda. saya sudah menguji kolagen saya. n YES!!!! ia lulus ujian di atas.  Jika anda belum membeli, sila la beli sikit-sikit dulu. test dulu tengok macam mana.  mahu uji kolagen yang saya gunakan? PM/email saya...
 
Alhamdulillah, asbab saya ambil kolagen ini, ia berkesan. kulit nampak flawless, lembut dan bermaya. pori-pori semakin mengecil.yang paling best, scratch mark (kesan pregnant) kat peha dan perut semakin menghilang. garis-garis nya semakin mengecil... In sya Allah, semoga asbab saya makan kolagen ini, garis-garis tersebut akan hilang.
 
Mahu tahu kolagen pilihan saya????

SHAKLEE COLLAGEN POWDER
 
Ia nya selamat dan telah di uji secara klinikal.
 


PM/email saya untuk harga terendah.
email: usahauntuksihat@yahoo.com
fb: Usaha Untuk Sihat
SMS: 011-1437 3556

Monday, January 7, 2013

SELAMAT TINGGAL GARIS-GARIS PENUAAN

 
 
Tahukah anda bahawa selepas umur 25 tahun badan badan kita mula kehilangan keupayaan untuk menghasilkan kolagen baru. Kehilangan dan kekurangan kolagen baru membawa kepada pelbagai gejala penuaan seperti garis-garis halus atau kedutan, arthritis, masalah sendi dan lain-lain. Mahukah hal ini berlaku kepada anda? Mahukah anda kelihatan tua sedangkan anda mempunyai pilihan untuk berusaha agar kelihatan sentiasa sihat, segar dan bermaya?
 
Bagaimana untuk mengatasi masalah penuaan ini? Jawapan nya adalah kolagen. Sekarang ini terdapat banyak pilihan kolagen yang ditawarkan. Dari krim kolagen sampailah ke suntikan kolagen dan kolagen dalam bentuk kapsul. Tujuan semua ini adalah 1, iaitu untuk menambahkan kolagen dalam badan dan melambatkan proses penuaan.
Asas penghasilkan kolagen adalah dari pelbagai sumber. Salah satu nya adalah kolagen haiwan. Walaubagaimana pun, kulit manusia sukar untuk menyerap kolagen haiwan. Oleh itu, pengambilan kolagen perlu di bantu dengan suntikan hipodermik yang sudah tentu mahal kos nya dan boleh menyebabkan risiko jangkitan. Selain itu kolagen haiwan juga boleh menyebarkan bovine spongiform encephalopathy (BSE) atau lebih dikenali sebagai penyakit lembu gila.
Oleh kerana itu, para saintis telah mencari kolagen yang lebih selamat kepada manusia. Hasil dari penyelidikan, mereka mendapati bahawa kolagen ikan yang diekstrak dari kulit dan sisik ikan merupakan kolagen yang terbaik dan selamat dari sebarang toksik yang merbahaya kepada kehidupan. Kadar penyerapan nya yang tinggi juga menjadikan kolagen ikan amat baik berbanding dengan kolagen haiwan darat.
Kolagen ikan juga dipercayai sangat tahan kepada kerosakan fizikal dan kimia kerana kemampuannya ikan sendiri yang mampu hidup dalam perbagai suhu dan tekanan. Selain itu, proses pengekstrakan nya mengekalkan polypeptides dan asid amino yang kuat. Oleh yang demikian, kolagen ikan merupakan rawatan yang berhasil dan berkesan kepada tubuh badan manusia.
Dewasa ini kolagen ikan merupakan kolagen yang sangat popular digunakan dalam bidang kecantikan. Ia digunakan untuk melembabkan kulit, menegangkan kulit supaya kelihatan tegang, licin dan anjal. Selain itu kolagen juga bagus untuk rawatan sakit yang berkaitan dengan artritis dan keradangan. Dengan sifatnya yang mudah larut dalam badan, kolagen ikan juga berkesan sebagai diet tambanahan.
Shaklee Collagen Powder adalah produk kolagen terbaik. Ia terdiri daripada Red Snapper Scale atau pun sisik ikan merah. Kenapa ikan merah? Ini kerana kemampuan ikan merah bertahan terharap penyakit, keracunan dan hidup dalam tekanan dan suhu yang berubah2.

Dengan Shaklee, tekstur wajah dapat di perbaiki dan ia menghilangkan kedutan.. Ingin tahu lebih lanjut  PM@ email sy di usahauntuksihat@yahoo.com atau SMS 011-1437 3556


Saturday, January 5, 2013

FAKTA PEMILIHAN PRODUK KESIHATAN

Assalamualaikum w.b.t.

"KECANTIKAN DAN WANITA, TIDAK DAPAT DIPISAHKAN"..
 
Tentu semua pernah dengar kenyataan di atas kan? Dah selalu sangat di ungkapkan. Hakikat nya kejadian wanita ni memang macam tu. Tapi ada kala nya, ada segelintir wanita, bila di tanya tentang kecantikan, mereka akan kata " I tak kisah pun cantik ke tak cantik.. janji hati i senang.. husband i pun tak cakap apa.. so no big deal!!" Pernah dengar ayat ini? Saya pernah. Tapi itu lisan nya sahaja. Percaya lah, sedikit sebanyak, kecantikan dan mempercantikkan diri akan di usaha kan sebab dah nama nya wanita... duduk depan cermin lama2, belek muka sana sini hatta kalau beli pakaian pun tentu nak yang cantik kan? Bukan kah itu pun untuk kecantikan??
 
Oleh kerana kecantikan juga, macam2 usaha dan ikhtiar akan di cari. Sekarang ni, sangat hot-hottest kolagen di pasaran. Sana sini offer kolagen. dari makan, minum sampai la ke sabun.. Teringat saya masa pegi Padang Besar, Perlis. Ya Allah, macam-macam ada.. kaler pun sangat warna warni. Tapi kebanyakkan nya dari tanah seberang la... Terdetik di hati saya, ada ke permintaan nya? Ada ke yang akan consume? Hurmm... masing2 punya pendapat. Tepuk dada, tanya lah kebijaksaan masing2 untuk menilai. Nyata nya semua ini untuk kesihatan dan kecantikan diri sendiri dan kesan nya bukan kepada orang lain. Kalau sihat, sihat untuk diri sendiri, kalau sebalik nya?? Nau`zubillah..
 
Terlanjur bercerita mengenai hal ini, ingin saya kongsikan fakta2 untuk memilih produk2 kesihatan dan kecantikan.. Ini berdasarkan pembacaan, bukan rekaan..
 
FAKTA 1: Pilih produk yang sentiasa selamat. Macam mana kita nak tahu sesuatu produk itu selamat? Sebelum membeli, selidiki lah asal usulnya. Adakah ia nya berasaskan semulajadi? Selidikilah juga ujian2 yang pernah dijalankan. Adakah produk tersebut aktif menjalankan RnD?  Selain itu, selidiki lah juga kandungan nya. Adakah ia nya mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti acetone, sodium lauryl sulfat, triclosan dan lain-lain. Baca dulu kandungan di bungkusan nya. Jangan sebab testimoni semata, kita terpedaya. Ingat yea, sekarang ni macam-macam boleh di buat. Letak je gambar posing sana sini, lentok sana lentok sini, kecut sana sini, licin sana sini, kita dah terliur untuk mendapatkan produk tersebut. Terus kita consume... Jadi sangat lah mustahak untuk kita mengetahui tahap keselamatan produk2 tersebut.
 
FAKTA 2: Pilih yang sentiasa berkesan. Semestinya kita akan memilih yang berkesan. Kalau dah awal-awal kita tahu tak berkesan, tak kan kita nak beli kan? Jadi sebelum beli kita kena tahu keberkesanan nya. Macam mana pulak nak tahu kadar keberkesanan nya? Cari lah produk yang mempunyai bukti yang ia nya adalah berkesan. Adakah produk tersebut menjalankan kajian saintifik? Adakah hasil penyelidikan nya diperakui oleh pakar? Adakah produk2 tersebut telah di paten kan? Adakah produk tersebut telah di uji keberkesanan nya sebelum di pasarkan? Apakah hasil nya? Untuk mendapatkan maklumat seumpama ini, tak perlulah kita sampai nak kena pegi head quarters produk tersebut. Dapatkan dari web site produk  atau mana-mana sumber yang kita yakini dan boleh dipercayai.Ingat, yang kita yakini dan kita percayai sahaja.
 
FAKTA 3: Pilih produk yang mesra alam dimana penghasilan produk tersebut membantu menghijaukan bumi kita dan membantu menyihatkan alam sekitar. Produk tidak mengandungi perasa, pemanis tiruan. Tiada ujian di lakukan ke atas haiwan dan tidak mengandungi bahan kimia. Pembungkus nya menggunakan teknologi kitar semula. Bukan kah itu lebih baik... Kita sayang bumi kita.
 
FAKTA 4: Pilih produk yang telah lama establish.  Mesti ada rahsia kenapa produk tersebut dapat bertahan di pasaran. Selidiki sejak bila ia beroperasi dan menghasilkan produk. Korek la sikit rahsia nya.
 
Yea.. ini lah sebahagian fakta-fakta yang harus kita titik beratkan dalam memilih produk. Jangan tersalah pilih, kelak merana badan. Ingat, pilihlah secara bijak, penuh pertimbangan dan sedikit ilmu pengetahuan. Kerana kita berhak mendapat yang terbaik untuk kehidupan yang sihat, ceria dan bahagia.
 
 
 

Wednesday, January 2, 2013

Kombo Set D - Kulit cantik, lembut, sihat dan bermaya

Assalamualaikum w.b.t semua..

Wahh.. hari ni dah 2hb Januari 2013. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan, untuk terus sujud pada Nya, untuk terus mensyukuri nikmat Nya...

Yang pasti hari ni ibu-ibu tentu super buzy menguruskan anak-anak. Maklumlah, anak-anak dah mula persekolahan pada hari ini. Kepada guru-guru, selamat mendidik anak-anak bangsa. Semoga mereka menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen..

Saya? Alhamdulillah, awal-awal lagi saya dah siapkan kelengkapan sekolah Adib (mula cuti sekolah dulu). Alahai.. bukan nya sebab anak ramai, tapi saya memang suka buat persiapan awal. Takut lupa itu ini. But still... ada lagi yang masih tak lengkap. Itu lah.. kita hanya manusia biasa. Semoga Allah membantu di setiap tingkah perlakuan kita. Saya sangat kagum dengan ibu-ibu yang boleh menguruskan anak-anak dengan bijak. Bukan sorang dua anaknya, tapi 7-8 orang. Allah, berkerut dahi bila saya bandingkan. Sesungguhnya Allah maha adil.. Kekuatan di beri kepada kita sesuai dengan keadaan kita..

Ok... nanti kita celoteh lagi pasal anak-anak yea... seronok celoteh bab ni.. hihihi... sekarang saya nk celoteh pasal kombo Set Beauty untuk kecantikan kulit dan kecantikan dalaman sekali. (Dalam kita menguruskan anak-anak, kita juga jangan lupa uruskan kesihatan dan penampilan kita yea.. ) Kombo ini terdiri dari: Set D, ESP dan Shaklee collagen powder.

Umum dah tahu kelebihan Set D Shaklee kan... di booster kan lagi dengan ESP.. di double boosterkan lagi dengan kolagen. wooowww... kombo yang maannntttooppp...

Kalau perasan, kombo ni ada chewable vita-c 100 mg kan... Yeap.. Sustained release vita-c shaklee telah habis di pasaran.. habis stok 1 Malaysia tau.. sangat-sangat hot permintaan nya. So, Usaha Untuk Sihat tawarkan Chewy sebagai ganti nya. Yang pasti, khasiat chewy sama juga dengan vita-c.. rasa nya pun sedap (saya jadikan chewy sebagai gula-gula, sentiasa ada dalam hand bag). Kita boleh ambil 5 biji chewy sehari untuk menyamai 1 biji vita-c. 5??? hihihi.. takde la amek skali gus.. amek la selang2 sejam atau 2 jam sekali.. ikut suka kita.. janji 5 biji sehari.. Berbanding dengan Sustained release vita-c, chewy lebih murah dan lagi kita boleh share dengan anak-anak kita juga..

Jom kita ketahui manfaat-manfaat utama pengambilan kombo Set Beauty:

Set D:
  • Anti-oksidan semulajadi
  • Mengekalkan integriti sel.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur tubuh badan.
  • Amat sesuai untuk kanak-kanak DAN dewasa.. terutama yang sukar menelan tablet.
  • Mengekal pertahanan semulajadi tubuh badan dan meningkatkan sistem imuniti daripada penyakit.
Energizing Soy Protein (ESP):
  • Membekalkan tenaga.
  • Menyubur dan menyihatkan kulit, rambut, kuku dan otot.
  • Kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon.
  • Baik untuk prostat.
  • Mengekalkan keremajaan kulit.
  • Memperbaiki pigmentasi, mengatasi masalah kedutan dan kesan-kesan penuaan.
  • Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Shaklee Collagen Powder:
  • Mengekalkan dan mengembalikan keanjalan dan elastin kulit dengan menyokong pembentukan tisu penyambung.
  • Sebagai pelincir untuk sendi, menghidrat mata & melegakan ketidakselesaan mata.
  • Menyuburkan rambut dan merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin.
  • Menentang  radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Sebagai anti-penuaan dengan mengurangkan kedutan, mengecilkan liang roma.
  • Memberikan kelembapan kulit dan mengatasi kulit kering.
  • Mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi dan jeragat.
  • Menegangkan payu dara dan punggung.
  • Menyokong pergerakan yang aktif.

Yes... gabungan yang meletoooppp...

Sempena tahun baru 2013, Usaha Untuk Sihat menawarkan kombo-kombo terhebat ini dengan harga istimewa. Januari sahaja yea.. lain bulan tak dapat... DAN... ada hadiah misteri menanti untuk setiap pembelian kombo Set Beauty.. Plus penghantaran percuma lagi.. Tawaran sah sementara stok masih ada..

Jadi, cepat2.. hubungi kami untuk info lanjut.

Email: usahauntuksihat@yahoo.com
fb: Usaha Untuk Sihat
SMS: 011-1437 3557