Disable highlight and copy and right click

Saturday, January 5, 2013

FAKTA PEMILIHAN PRODUK KESIHATAN

Assalamualaikum w.b.t.

"KECANTIKAN DAN WANITA, TIDAK DAPAT DIPISAHKAN"..
 
Tentu semua pernah dengar kenyataan di atas kan? Dah selalu sangat di ungkapkan. Hakikat nya kejadian wanita ni memang macam tu. Tapi ada kala nya, ada segelintir wanita, bila di tanya tentang kecantikan, mereka akan kata " I tak kisah pun cantik ke tak cantik.. janji hati i senang.. husband i pun tak cakap apa.. so no big deal!!" Pernah dengar ayat ini? Saya pernah. Tapi itu lisan nya sahaja. Percaya lah, sedikit sebanyak, kecantikan dan mempercantikkan diri akan di usaha kan sebab dah nama nya wanita... duduk depan cermin lama2, belek muka sana sini hatta kalau beli pakaian pun tentu nak yang cantik kan? Bukan kah itu pun untuk kecantikan??
 
Oleh kerana kecantikan juga, macam2 usaha dan ikhtiar akan di cari. Sekarang ni, sangat hot-hottest kolagen di pasaran. Sana sini offer kolagen. dari makan, minum sampai la ke sabun.. Teringat saya masa pegi Padang Besar, Perlis. Ya Allah, macam-macam ada.. kaler pun sangat warna warni. Tapi kebanyakkan nya dari tanah seberang la... Terdetik di hati saya, ada ke permintaan nya? Ada ke yang akan consume? Hurmm... masing2 punya pendapat. Tepuk dada, tanya lah kebijaksaan masing2 untuk menilai. Nyata nya semua ini untuk kesihatan dan kecantikan diri sendiri dan kesan nya bukan kepada orang lain. Kalau sihat, sihat untuk diri sendiri, kalau sebalik nya?? Nau`zubillah..
 
Terlanjur bercerita mengenai hal ini, ingin saya kongsikan fakta2 untuk memilih produk2 kesihatan dan kecantikan.. Ini berdasarkan pembacaan, bukan rekaan..
 
FAKTA 1: Pilih produk yang sentiasa selamat. Macam mana kita nak tahu sesuatu produk itu selamat? Sebelum membeli, selidiki lah asal usulnya. Adakah ia nya berasaskan semulajadi? Selidikilah juga ujian2 yang pernah dijalankan. Adakah produk tersebut aktif menjalankan RnD?  Selain itu, selidiki lah juga kandungan nya. Adakah ia nya mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti acetone, sodium lauryl sulfat, triclosan dan lain-lain. Baca dulu kandungan di bungkusan nya. Jangan sebab testimoni semata, kita terpedaya. Ingat yea, sekarang ni macam-macam boleh di buat. Letak je gambar posing sana sini, lentok sana lentok sini, kecut sana sini, licin sana sini, kita dah terliur untuk mendapatkan produk tersebut. Terus kita consume... Jadi sangat lah mustahak untuk kita mengetahui tahap keselamatan produk2 tersebut.
 
FAKTA 2: Pilih yang sentiasa berkesan. Semestinya kita akan memilih yang berkesan. Kalau dah awal-awal kita tahu tak berkesan, tak kan kita nak beli kan? Jadi sebelum beli kita kena tahu keberkesanan nya. Macam mana pulak nak tahu kadar keberkesanan nya? Cari lah produk yang mempunyai bukti yang ia nya adalah berkesan. Adakah produk tersebut menjalankan kajian saintifik? Adakah hasil penyelidikan nya diperakui oleh pakar? Adakah produk2 tersebut telah di paten kan? Adakah produk tersebut telah di uji keberkesanan nya sebelum di pasarkan? Apakah hasil nya? Untuk mendapatkan maklumat seumpama ini, tak perlulah kita sampai nak kena pegi head quarters produk tersebut. Dapatkan dari web site produk  atau mana-mana sumber yang kita yakini dan boleh dipercayai.Ingat, yang kita yakini dan kita percayai sahaja.
 
FAKTA 3: Pilih produk yang mesra alam dimana penghasilan produk tersebut membantu menghijaukan bumi kita dan membantu menyihatkan alam sekitar. Produk tidak mengandungi perasa, pemanis tiruan. Tiada ujian di lakukan ke atas haiwan dan tidak mengandungi bahan kimia. Pembungkus nya menggunakan teknologi kitar semula. Bukan kah itu lebih baik... Kita sayang bumi kita.
 
FAKTA 4: Pilih produk yang telah lama establish.  Mesti ada rahsia kenapa produk tersebut dapat bertahan di pasaran. Selidiki sejak bila ia beroperasi dan menghasilkan produk. Korek la sikit rahsia nya.
 
Yea.. ini lah sebahagian fakta-fakta yang harus kita titik beratkan dalam memilih produk. Jangan tersalah pilih, kelak merana badan. Ingat, pilihlah secara bijak, penuh pertimbangan dan sedikit ilmu pengetahuan. Kerana kita berhak mendapat yang terbaik untuk kehidupan yang sihat, ceria dan bahagia.
 
 
 

No comments:

Post a Comment