Disable highlight and copy and right click

Thursday, December 27, 2012

Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum semua,
 
Alhamdulillah... hari ini Allah masih berikan kita kesempatan untuk bangun, mengerjakan kewajipan kita, menadah tangan memohon keampunan nya, menadah tangan memohon keberkatan, kesihatan, kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya Dia masih lagi memberi kita peluang untuk memperbaiki kesilapan dan memohon keampunan sebelum Dia menjemput kita.
Ya Allah, Kau berkati lah kami, Kau berkatilah pembaca blog ini.. Hidupkan kami dalam iman kepada Mu, Kembalikan kami dalam iman Mu.. Ameen ya rabb..
 
 
Hari ni sy nak berkongsi dengan anda semua mengenai kebaikan ESP atau nama panjang nya Energizing Soy Protein. dari nama nya pun kita dah tahu kan.. ia nya adalah pemakanan yg berasaskan soya yg memberi kita protein.
 
Kenapa ia berasaskan soya?

Soya memiliki nilai gizi yg terkenal lengkap.di dalam 100 gram soya mengandungi 34.9 gram protein, 331 kalori, 18.1 gram lemak, 34.8 hidrat arang, 227 kalsium, 585 fostor, 8 mg besi, 110 SI vitamin A, 1.07 mg vitamin B1 dan 7.5 gram air.
Soya juga memiliki sejumlah phytochemical termasuklah isoflavon yang dapat bekerjasama untuk membantu melawan keadaan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan kanser payudara. Soya juga mampu mengatasi masalah penyakit diabetis mellitus, gangguan pada ginjal dan juga reumatik.

Oleh itu, tidak hairan lah.. tempe dan tauhu menjadi makanan pilihan ramai. Ia bukan sahaja lazat, tetapi memiliki manfaat kepada kesihatan. Proses fermentasi soya juga dapat membuat nutrisi yang terkandung di dalam nya mudah di serap oleh tubuh badan manusia.
 
Bagaimanakah protein berperanan dalam tubuh badan kita?
Protein adalah asas struktur jasad kita, memainkan peranan yg besar dari peringkat awal sehingga peringkat akhit kehidupan kita kerana tugas utama protein adalah membina sel-sel baru. Protein juga akan membantu menjada tahap hormone. Ia juga membantu kita merasa kenyang berbanding dengan karbohidrat yang mana kandungan zat (pada karbohidrat) kurang padat. Pengambilan protein pada waktu pagi dan pada waktu malam dapat mengatasi kenaikan berat badan yg melampau selain dari memperbaiki struktur tubuh badan kita semasa kita tidur. Maka kita akan rasa segar dan sihat apabila kita bangun pada waktu pagi.
Bina, Baik, Sembuh… itu lah fungsi utama protein.
 
Apakah pula kesan pengambilan protein?
Awet muda dimana ia berperanan untuk mengaktifkan kolagen semulajadi yang ada dalam badan kita.
Mengurangkan kedutan dimuka
Menegangkan payudara
Meningkatkan tenaga dan memperbaiki tisu di dalam badan kita
Bagus untuk penyembuhan pesakit ulcer gastrik
Untuk mereka yang beraktif bersukan dan membina otot
Bagus untuk golongan warga emas yang tidak mampu untuk makan
Bagus untuk pesakit yang tidak berselera untuk makan makanan pejal
Memperbaiki kualiti kulit agar kelihatan cantik, mulus dan juga menghilangkan parut lama
Melambatkan menopous dan proses penuaan
 
Apakah risiko kekurangan protein dalam badan kita?
Kurang darag atau kurang oksigen dalam darah
Penyakit buah pinggang
Penyakit hati
Tahap kolestrol tinggi
Tekanan darah rendah
Kandungan gula dalam darah yang rendah
Fungsi saraf tidak stabil
Ulser perut & usus
Luka yang lambat sembuh
Pengaliran darah yang tidak lancar
Penglihatan kurang baik
Badan menggeletar
Letih dan lesu
Lemah
Terencat akal
Sistem imun yang rendah untuk menghalang jangkitan dan penyakit
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan supplement protein yang berasaskan soya. Pengasingan soya yang pertama yang pernah dihasilkan adalah ciptaan Dr Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Beberapa ujian klinikal telah membuktikan bahawa penemuan Dr Forest ini merupakan sebuah blok binaan utama untuk membina kesihatan untuk jangka masa panjang.
Oleh itu, tidak hairan lah pengambilan ESP merupakan langkah bijak untuk menjamin kesihatan kita. In sya Allah...
 
 
In sya Allah.. nti sy nk buat post utk share macam mana nk consume ESP ni. ada macam2 cara tau... tak susah pun.. ini sekadar berkongsi untuk memvariasikan cara pengambilan ESP... stay tune yeaa..

 
 

No comments:

Post a Comment