Disable highlight and copy and right click

Monday, December 31, 2012

Bye2 kulit kusam dan ruam... Hello kepada kulit segar dan bermaya..

Assalamualaikum w.b.t.

Waaahh.. kita sudah berada di muka surat 365 untuk tahun 2012. Banyak suka duka, pahit manis yang kita tinggalkan.. detik2 yang tidak dapat kita ulang kembali, hanya ingatan dan pedoman yang perlu kita simpan.. buat bekalan untuk tahun mendatang. Benarlah kata Imam Al-Ghazali, perkara yang paling jauh dari diri kita adalah "Masa yang di tinggalkan". Biar selaju mana kita mengejar nya, ia tidak akan sekali-kali kembali kepada kita, hatta semakin menjauh dari kita. Teringat sy lagi dengan pertanyaan Iman Al-Ghazali kepada murid-murid nya:
Apakah yang paling dekat dengan kita?
MasyaAllah.. ia adalah kematian.. Sangat relatif dengan masa yg kita tinggalkan kerana kita sebenarnya di kejar.. di kejar oleh kematian.. Allah... kepada Nya kita mohon keampunan. Kembalikanlah kami dalam keimanan kepada Mu ya Allah..
Apakah perkara yang paling besar?
Jawapannya adalah nafsu kita sendiri. Allah.. tersangat lah besar nya bila melayan nafsu kita sendiri. Ia boleh buat kita lalai dari mengingati tanggungjawab kita, boleh buat kita lupa siapa kita.. Na`uzubillah..
Apakah perkara yang paling berat?
Ia adalah memegang amanah.
Apakah perkara yang paling ringan?
Na`uzubillah... perkara yang paling ringan adalah meninggalkan dari mendirikan tiang agama kita - solat. Masya Allah... apakah rupa bentuk rumah kita, kalau tiang nya tiada, tidak sempurna... Kadang2 sebab hal2 dunia, kita sanggup perjudikan "tiang" rumah kita.. Allah, aku mohon keampunan Mu.
Apakah perkara yang paling tajam?
Bukan pisau belati yang tajam. Ia adalah lidah kita sendiri. Dengan lidah kita mudah menyakiti hati orang lain dan membuat dosa.. Allah, aku mohon di jauhkan dari seksaan Mu ya Allah..

Semoga perkara2 ini menjadi ingatan dan pegangan kita sempena meninggalkan 2012 dan menyambut 2013. Semoga buku catatan kita semakin terisi dengan kebaikan. Ameen..

Bagaimana dengan kehidupan di akhir 2012? Pasti banyak kegembiraan kan? Bersyukur lah dengan setiap nikmat yang Allah kurnia kan. Macam2 kan.. ada yang duduk rumah baru, berkereta baru, berkeluarga baru, yang bujang ada suami/isteri, ada anak baru dan lain2 yg baru. Yang penting, apa yang baru dan lama tu kita kekalkan, jaga, sayangi, belai dan berikan perhatian. Anak2? owsss.. saya masih 2 orang lagi. belum ada tanda2 untuk bertambah. Sesungguhnya perancangan Allah mengatasi segalanya. Yang penting kita bersyukur dengan pemberian Nya, be happy with it (Petikan kata-kata Tun Dr Siti Hasmah kepada sy sewaktu bercuti di langkawi).

bercakap tentang anak2, sy sendiri ada masalah untuk uruskan anak2. sbg seorang pelajar (harap maklum - sy pelajar tua hihihi) sy perlu beri tumpuan yg penuh kepada study sy. so kadang2 anak2 "terkedua". kesian 2 hero ni.. even dalam kesibukan belajar, kesihatan dan pembelajaran mereka amat sy titikberatkan. adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kesihatan mereka. selain dari perhatian, belaian kasih sayang, sy pastikan mereka mendapat nutrien yang cukup untuk tumbesaran mereka. jadi sy bekalkan mereka dengan vitamin2 yang sesuai seperti vite-lea, vitamin c, omega guard dan juga performance drink.

psssttt..
baru2 ni sy dapat tahu yang ESP juga boleh digunakan untuk anak2 kita. Jika anak2 kita mempunyai ruam2 pada kulit, atau kulit mereka kusam dan berdaki, kita boleh jadi kan ESP sebagai masker. Waaahhhh... hebat... So ibu2 yang mengamalkan ESP, ini peluang bagus untuk kita mengoptimakan pengunaan ESP. anak dan ibu... bukan kah itu satu kombo yang berbaloi?

Untuk yang belum mengamalkan ESP, cepat2... dapatkan nya dari Usaha Untuk Sihat pada harga yang istimewa dan ada hadiah istimewa lagi (selagi stok masih ada)...






Jom email atau PM sy sekarang...
fb: Usaha Untuk Sihat
SMS: 011-1437 3556

No comments:

Post a Comment